Followers

Tuesday, April 21, 2015

Lubuk hati seorang da'ie

Dalam dunia Dakwah dan Tarbiah nie kita akan menghadapi banyak dugaan.
Walaupun aku bukanlah tergolong dalam team DnT nie, tapi aku sebagai seorang Muslim tetap perlu ditarbiah.
Ramai manusia sekarang 'bersituasi' sebegini:
"Hang toksah lah nak habaq lagu tu kat orang, hang pon sama jaa. Tak berapa betoi sangat pon. Beringat sikit."

Kita nak tunggu orang tu jadi sempurna macam Rasulullah, macam sahabat Rasulullah ka baru nak dengaq nasihat dan teguran orang?
Semakin berkuranglah ahli-ahli ulamak kerana tidak ada penyambung kepada penyampaian ilmu yang ada.

Kita banyak menda nak kasi tau kat orang tentang apa yang kita tau.
Even sekecil2 amalan seperti masuk tandas kaki kiri, makan dan minum pakai tangan kanan, tak baik membazir.
Nak tegur tu je, nak habaq tu ja kat depa.
Tapi, kita kena balik. Kita tegur sebab kita sayang.
Hang tegur aku, aku tegur hang.
Sembang nak jumpak kat syurga sesama kan?
Sembang sayang fillah kan?
Terimalah aku.

Walaupun teguran dan nasihat yang kau dapat adalah daripada orang yg kau jarang bercakap pon dengan dia or tak pernah.
Mungkin ada betulnya teguran dia tu.
If dia salah, betulkan lah.
Jangan balas dengan kekasaran dan keburukan.
Kita saudara ,sayang.
Tiada manusia yang sempurna.
Jangan disebabkan reaksi dan penerimaan kita yang kurang menyenangkan, menyebabkan dia 'terpaksa' diam dan betulkan apa sahaja yang kau buat.

Manusia semua Allah anugerahkan hati dan perasaan. Jagalah perasaan beliau dalam menyampaikan dakwah dan tarbiahnya pada kau.
Setiap orang yang kita jumpa tu, ada hikmah.
Samada dia yang 'betulkan' kau.
Atau kau yang Allah tanggungjawabkan untuk 'betulkan' dia, dan pada masa yang sama Hidayah itu untuk kamu berdua.

Percayalah. Once kau dah rasa dan feeling dengan dunia DnT nie, kau akan rasa kemanisan cinta Allah melalui hambaNya yang ada kat muka bumi nie.
Insha Allah.

*just try to put your feet in their shoe. Even tak sama saiz pon. Just give it a try. Macam kakak tiri Cinderella try kasut Cinderella.
Heee ^_^

Sunday, March 15, 2015

Anugerah Kehidupan

Seringkali kita sebagai manusia merasa sedih.
Sedih dengan kehidupan yang telah ditentukan oleh Nya.
Kenapa kita perlu macam tu?
Sedangkan, sebenarnya kehidupan ini adalah satu anugerah yang diberikan kepada kita.
La tahzan.
Tak semua yang kita nak di dunia ini kita akan dapat.
Kerana percaturan Allah itu adalah sebaik-baik perkara yang pernah terjadi dalam hidup kita.
Mengapa perlu bersedih sekiranya kita tidak mendapat perhatian atau kasih sayang daripada makhluk Allah yang digelar sebagai 'manusia'?
Mengapa perlu bersedih jika apa yang kita nak dalam hidup, kita tak dapat pon?
Sebagai hambaNya, kita perlu redha dan bersyukur.
Namun, cara kita bersyukur dan redha tu kita perlu ubah iaitu dengan bergerak ke arah kebaikan dan menjauhkan diri daripada keburukan.
Bukan sahaja pada keburukan dunia, namun juga pada keburukan yang ada dalam diri.kita.
Manusia tidak dilarang untuk mengubah sendiri nasib diri mereka.
Namun, dilarang sama sekali mengubah hidup arah kesesatan yang mengetepikan kasih sayang Pencipta kita. Allah.
Sentiasalah bersangka baik terhadap Allah subhanahuwataala.
Ingat kita hanyalah hambaNya yang lemah.
Dan untuk terus kuat, mohonlah kekuatan.daripadaNya.
Terlalu banyak cara bagaimana Allah bagi kekuatan kat kita.
Jangan kita hanya bersyukur dengan nikmat Nya sahaja.
Justeru, bersyukur jugalah akan mehnah yang diberikan kepada kita.
Mungkin itu jalan terbaik daripada Allah nak menegur kita.
Allahuakbar.
Sayangnya Allah dekat kita.
Moga cinta kita terhadapnya akan terus meningkat dan kekal abadi seperti para-para sahabat Rasulullah yang terdahulu.
Allahualam.
Sekian warkah.