Followers

Sunday, March 15, 2015

Anugerah Kehidupan

Seringkali kita sebagai manusia merasa sedih.
Sedih dengan kehidupan yang telah ditentukan oleh Nya.
Kenapa kita perlu macam tu?
Sedangkan, sebenarnya kehidupan ini adalah satu anugerah yang diberikan kepada kita.
La tahzan.
Tak semua yang kita nak di dunia ini kita akan dapat.
Kerana percaturan Allah itu adalah sebaik-baik perkara yang pernah terjadi dalam hidup kita.
Mengapa perlu bersedih sekiranya kita tidak mendapat perhatian atau kasih sayang daripada makhluk Allah yang digelar sebagai 'manusia'?
Mengapa perlu bersedih jika apa yang kita nak dalam hidup, kita tak dapat pon?
Sebagai hambaNya, kita perlu redha dan bersyukur.
Namun, cara kita bersyukur dan redha tu kita perlu ubah iaitu dengan bergerak ke arah kebaikan dan menjauhkan diri daripada keburukan.
Bukan sahaja pada keburukan dunia, namun juga pada keburukan yang ada dalam diri.kita.
Manusia tidak dilarang untuk mengubah sendiri nasib diri mereka.
Namun, dilarang sama sekali mengubah hidup arah kesesatan yang mengetepikan kasih sayang Pencipta kita. Allah.
Sentiasalah bersangka baik terhadap Allah subhanahuwataala.
Ingat kita hanyalah hambaNya yang lemah.
Dan untuk terus kuat, mohonlah kekuatan.daripadaNya.
Terlalu banyak cara bagaimana Allah bagi kekuatan kat kita.
Jangan kita hanya bersyukur dengan nikmat Nya sahaja.
Justeru, bersyukur jugalah akan mehnah yang diberikan kepada kita.
Mungkin itu jalan terbaik daripada Allah nak menegur kita.
Allahuakbar.
Sayangnya Allah dekat kita.
Moga cinta kita terhadapnya akan terus meningkat dan kekal abadi seperti para-para sahabat Rasulullah yang terdahulu.
Allahualam.
Sekian warkah.